Konflik Pelantikan Ketua Pelajar
Assalammualaikum,,.hai semua..
hmm hari ni mari kita fikir2 kan nasib sekolah yang mempunyai kurang pelajar yang punyai semangat kepimpinan untuk menjadi ketua pelajar..hmm sekarang ni di SMK Serting Hilir Kompleks N.9 mempunyai masalah seperti yang berikut. Seperti biasa , Ketua pelajar biasanya dilantik dalam kalangan Pengawas lelaki tingkatan 5. Tetapi malangnya pengawas lelaki tingkatan 5 tahun depan hanya tinggal 3 orang . sikit buakan bermakna tidak ada pelajar yang berkelayakan menjadi pengawas, tetapi disebabkan sebilangan pelajar yang dilantik menjadi pengawas menolak jawatan itu termasuklah SAYA..hmm rata2 menolak jawatan ini bukan sengaja menyusahkan pihak sekolah ,tetapi disebabkan tidak yakin, kurang minat dalam kepimpinan,dan apabila menjadi pengawas,akan dipandang terlalu baik sampai buat salah sedikit,habis dicaci. Tetapi kini saya sedar persepsi ini perlu diubah oleh diri saya malah semua pelajar di Malaysia. Semua pelajar mampu menjadi pemimpin. Bukan terlalu sukar, cuma perlukan mindset yang betul. Walaupun begitu, saya tertanya-tanya jika kita dilantik menjadi ketua pelajar, perlukah kita meniru segala yang dilakukan oleh ketua pelajar yang sebelum ini?. Bagi saya, kita perlu jadi diri kita sendiri tetapi satu perkara yang harus dilakukan,iaitu BETULKAN YANG BIASA,BIASAKAN YANG BETUL.
Itu semua hanyalah serba sedikit pandangan saya. Namuan saya benar2 mengharapkan tip-tip dari pembaca bagaimana ingin menjadi ketua pelajar yang dihormati dan dikenangi. Saya mempunyai masalah apabila saya dikhabarkan akan menjadi ketua pelajar tahun hadapan . Apabila saya memegang mic dihadapan orang ramai untuk memberi ucapan ,comfirm menggigil tangan ni. Lebih teruk lagi apabila saya sentiasa memikirkan tentang orang yang menyindir kerja saya . Tambahan lagi, perlukah saya memarahi pengawas-pengawas biasa yang tidak menjalankan tugas dengan baik. Ini menjadi masalah pada saya kerana saya benar-benar seorang yang pasif.
Setakat ini sajalah pada hari ini. Saya harap anda semua dapat memberi comment lebih-lebih lagi berkenaan tip-tip menjadi KETUA PELAJAR YANG TERBAIKKK. Hee semoga berjumpa lagi dalam post yang lain..jangan lupa follow ye blog ni.
bye. Assalammualaikum .
3 comments:
hahaa.. salam fadhill.. best.. aku suker gler blog entry nih.. neway.. kau yakin r yer??? jangan segan2.. bedal jer.. dulu aku first time jdik pengawas pon cmtu gak.. just be your self... tak payah nak skema sgt..
jadi laa mcm saidina Uthman. lemah lembut dan tabah mse nk uruskn masalah. tpi some time kna tegas gak, kalau tak kena buli jela kau..
jgn jadi mcm aku okeh? jadikan pengawas SMKSHK lebih baik tahun depan.. InsyaAllah..
erm.. camner kau buat name kau follow mouse tuu ek?? jeles aku. huhu
FADHIL_HYE:
haha thanks la comment ye..hmm insya-Allah klu aku dlantik,,aku wat la yg trbaek..harap2 aku ikhlas..hehehe..
oh nme aku follow mouse,,aku ade trjumpe blog tutorial dulu..tu yg aku leh wat..klu aku igt link blog tu aku bgi ko..
okeh. chantek. haha
(^^,)
Post a Comment