Blogroll

create your own banner at mybannermaker.com!

Followers

Powered by Blogger.

Surat Untuk Sahabat

Monday, October 14, 2013

ASSALAMMUALAIKUM,

Kawan, Sudah setahun kita x bertemu.Tidak sekalipun aku persoalkan cukupkah hanya 17 tahun kita berkawan, kerana smuanya ketentuan Allah. Aku sangat mengenali dirimu, sejak sekolah rendah. Oleh itu, tidah mustahil lah aku amat merindui dirimu . Dirimu seorang yang berbeza dengan orang lain, kau seorang yang suka berkongsi cerita, dan juga masalah. Walaupun terpisah sementara di antara form 1-3 , tapi kau kembali bersama kami. Sikapmu memang layak mendapat penghormatan . kehadiranmu amat disanjung, aku kagumi sedalam-dalamnya.




          Terima kasih sahabat, semasa pemilihan Ketua Pelajar, kau lakukan seperti apa yang aku mohon, aku berkata begitu kerana kau lebih layak daripada aku. Aku tahu kemampuan kau. Dengan kedaan sekolah kita, aku dapat rasakan kau mampu mempengaruhi pelajar lain. Buktinya, kau pernah marah pelajar yang tak ikut peraturan ditengah2 perhimpunan, sedangkan kalau aku berada ditempat kau , tidak mungkin aku mampu lakukan begitu.








          Kau antara kawan yang selalu cerita padaku apa yang kau nak lakukan pada mase akan datang , aku tahu kau boleh capai semua tu. kadangkala bila kau mengeluh, terdetik dihatiku, "ya, dengan kelebihan yang ada padaku, aku boleh tolong rakan-rakan ku pada masa akan datang." Aku sendiri niat dihatiku, jikalau aku mendapat pekerjaan yang baek pada masa akan datang , akau aku cube sedaya mungkin untuk menolong kawan aku supaya mendapat perkajaan yang baek juga. Sebab aku sayang kawan aku.



          Terima kasih kawan , kau penghibur hari kami, kami dapat rasakan perasaan sayanag kau pada kami semua. Kau tak pernah abaikan kami. Terlalu banyak kenangan kita kongsi bersama. Pada tahun lepas, dua kali kita pergi bercuti ke Pantai Port Dickson. Bersama Haziq, Khairul, Sayfudin, Hafiq . Teringat saat kita semua sedang bermalam di dalam khemah, pada masa itu sudah lewat malam, tapi Haziq tak masuk khemah lagi (mungkin Haziq sedang melayan perasaan ditepi pantai) , tiba2 ramai budak2 besar menaiki moto datang tempat perkhemahan kami, dengan deras kau menelefon Haziq kerana risau Haziq yang  masih diluar. Betapa penyayangnya kau pada kami.







          Maafkan kami sahabat, jikalau kami pernah mengguris perasaanmu. Ya, memang kami pernah. Kau sering memarahi kami (pengawas) kerana gemar berdiri di belakang perhimpunan. Selepas kau tinggalkan kami, ayat2 mu ter iang2 ditelingaku. aku pernah cuba tegur pengawas lain seperti mana kau tegur dahulu, tetapi, teguran tu membuatkan kami terdiam sebentar, then someone said " tak de sape lagi nak marah lepas ni " . Ya Allah, hampir menitis air mataku dikhalayak ramai.

          Sahabat, sudah dua kali kau muncul dalam mimpiku sejak setahun lepas. Ye , mimpi tu memang berbeza dengan mimpi2 yang lain, memang kau hadir untuk bertemu ku . Aku ingat lagi mimpi tu, kite bertemu ditempat yang tinggi (dlm menara) , keadaan disitu amat terang. Wajah mu berserta senyuman amat terang bercahaya. Saat itu, aku terus memelukmu dalam keadaan menangis. Kau  menenangkan diriku yg sedang teresak2 menangis, kau meminta aku supaya x bersedih lagi . Tapi itu amat sukar untuk aku lakukan.


          Sahabat, kehilangan mu amat dirasai sehingga sekarang. Aku masih ingat pada petang itu, aku sedang belajar didalam bilik untuk persediaan menghadapi SPM. Tiba2 aku mendapat 1 panggilan dari kawanku ( Rejab) dan dia menceritakan apa yang telah berlaku, berderau darahku ketika itu. Aku terus contact kawanku yang berada berdekatan tempat kejadian lalu menjenguk apa yang telah terjadi. Ya Allah, sayu hati kami melihat tempat kejadian. Kami tidak henti2 berdoa supaya tida ade peraka yang serius berlaku. Saat itu, aku sudah nampak mata Haziq merah, aku tahu dia antara orang yang paling sedih. Hari semakin gelap, tempat kejadian semakin ramai dijenguk orang. Saat itu ada seorang kawan kami yang masih tidak tahu apa yang berlaku (Hisyam) . Kami mengambil keputusan untuk pergi kerumahnya dan memberitahu apa yang berlaku.  Dia amat terkejut dengan apa yang berlaku, dan mengajak kami semua ke Hospital saat itu jugak.
   
          Tetapi kami tidak dapat pergi kerana tiada pengangkutan. Azan maghrib telah berkumandang, kami semua decide untuk sembahyang di rumah Hisyam. Sesudah kami solat berjemaah, kami ingin beransur pulang kerumah masing2. Apabila kami hendak keluar dari kawasan rumah Hisyam, ada sebuah kereta berhenti dihadapan kami, dan dia memberitahu bahawa Muhammad Nazim telah meninggal dunia, saat itu, tidak siapa tahu bertapa sedihnya hati kami. Kami terus terduduk ditepi jalan, sambil menangis teresak2 . Hisham (berada di pintu rumah) yang tidak tahu apa yang berlaku terus berlari ke arah kami dan menanya apa yang telah berlaku. Dengan tangisan itu telah terjawab apa yang berlaku. Hampir setengah jam kami menangis di tepi jalan, akhirnya, kami sering memujuk antara satu sama lain. Pada keesokannya, di tanah perkuburan, aku dan kawan2 masing2 cuba mengawal perasaan,. Tak lama selepas itu, Cikgu Azwan datang dan berkata " tak dapat nak pergi konvensyen usahawan muda tahun ni " , ayat itu memang membuatkan aku tidak dapat menahan linangan air mata. Ya Allah, hanya Kau yang faham perasaan aku ketika itu.



          Kini, sudah setahun kau tinggalkan kami sahabat, ye genap setahun. kami amat rindui kamu. Semua kawan amat dirindui kamu, cikgu2 jua, dan semestinya kau amat dirindui oleh keluarga mu. Walauapapun, hidup harus diteruskan, walaupun tanpa mu. Kami amat sayangkan kamu, Arwah Muhammad Nazim Bin Mahadi. Semoga rohmu tenang disana dan segala amalanmu diterima Allah s.w.t



         Kepada kawan2 ku yang lain, Aku mintak maaf kerana mengisah semula apa yang berlaku, aku amat rindu padanya. Dan aku juga ingin kata kan, aku amat  sayang semua kawan ku,, walaupun pernah terguris hati, aku tetap sayang. Dan maafkan jika aku terbuat silap . Selamat Hari Raya Aidiladha ......





       

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SOMEONE WHO CAN LIE TO THEMSELVES IS LONELY AND IN PAIN .
" HARD WORK WILL DEFINITELY BE REWARDED !! " "THE REST IS TO BELIEVE IN YOURSELVES" .

About This Blog

Blog ini dicipta pada tahun 2011. blog ini bertemakan MEITANTEI CONAN sebab tuan punya blog amat suka pada DETECTIVE CONAN . I'm still slow in blogging but I hope you enjoy and follow my blog.

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP